Monday, September 14, 2009

Duit Raya..

wah wah wah..sekarang ni kan, musim-musim menukar duit baru..of coz untuk duit raya bebudak kan..nak dijadikan cerita, aku, fatonah dan shoows ke bandar jap, cari bank-bank yang masih bermurah hati untuk bagi kami tukar duit raya..dan sememangnya..jawapannyer amat mendukacitakan..sampai ke Indera Mahkota pun kami ronda..jawapannya tetap sama "DAH ABISSS""orang lain dah tukar lama dah.. dari minggu lepas dah abis..itu antara jawapan-jawapan frust yang kami terima..
al-kisah kami terjumpa sorang opis mate kitaorang kat satu bank ni..dia pun tengah nak menukar duit gak..tapi, tak dapek.. dan dengan muka ceria, bernada gembira, dia bagitau aku, "hehehe, selamat lah duit raya tahun ni sebab tak dapat tukar duit.."
terdetik dalam hati aku, "MoTiFFFF?????..

Akhirnya..janji di kota..



ku tekadkan semangat kotakan kata-kata nak bersakan ngan pelita dan lampu lip lap..akhirnya, aku beli jugak..dan malamnya ku mintak tolong en. saufi tolong gantung lampu, pasang pelita.. alahai..suamiku ini sangat lah rajin..dibuat semuanya sebab serasa aku, dia terharu kerana aku terrrlebihh exited mengalahkan Najla dan Nuha nak sambut raya..haruslah..diaorg kan ''cinonet'' lagi..kalau bukan aku yang ''terlebih sudah'', saper lagi kan?? hehehe cover diri sendiri.. silalah tatap hiasan teratak aku yang tak lah havoc sangat..tapai aku dah rasa cukup bahagia...huhuhu..

Sunday, September 13, 2009

bunga api vs mercun

bila raya makin dekat ni, macam-macam lah pikir cara nak memeriahkannya.. kat area umah aku, kalau malam-malam jer, selain bising bunyi kucing depan umah aku asek bergaduh.. bebudak kat sini dengan kreatifnyer..main mercun..berdentum dentam..bingit aku dengar..kengkadang macam nak piat telinga diaorang pun ader tapi..takpelah..raya puasa kan setahun sekali..biarlah diaorang bersakan main mercun..tak pulak aku dengar bunyi ambulans..maknanya, takdelah yang putus jari ker, buta mata ker.. main secara sihat la kot.. kengkadang tuh, terpikir gak nak beli bunga api untuk anak dara aku ni main.. tapi, risau gak..kot-kot dia dah gian nak main, meleleh mulut aku kena explain itu ini.. en. saufi pun takde pulak bunyi pasal ni..takpelah..kalau ader kot2 aku terjumpa bunga api bodo ni, aku belikanlah.. sajer..nak memeriahkan suasana jer..hehehehe..bolehlah ibu dia tumpang sekaki..

lampu lip lap vs pelita

wahhhh..tak sabar nak raya..lalalala..walaupun raya tinggal berapa hari dan pastinya aku tak beraya kat kuantan, tapi...aku tetap nak pasang pelita dan lampu lip lap jugak..suami kesanganku itu, walaupun bah banyak kali ku mintak tolong beli pelita (haruslah tak buat sebab, memang takde masa nak membuat benda alah tu) tetapppp dia lupa.. jadi, hari ini, ku tekadkan semangat untuk cari jugak lampu lip lap dan pelita itu..sasaran utama..Tunas Manja lah kan..takpe.. kalau korang tak dapat tengok gambar dalam blog ni esok lusa, maknanya.. impian ku berkubur begitu sahaja lah yer..apa pun selamat menyambut lebaran yang bakal tiba..

Saturday, September 12, 2009

makin serius ke H1N1?

aku pun tak dapat nak jawab..setakat mana bahaya nyer wabak ni..kalau dengar desas desus mmg menakutkan..pulak, aku ander terdengar, akan ada gelombang kedua yang mungkin lebih dasyat lagi..
tapi sepanjang 2-3 minggu ni, orang sibuk-sibuk shopping raya, masih ramai yang kurang kesedaran tentang wabak ni..walaupun kami pengamal media ni, pung pang pang pang war-warkan macam-macam untuk jaga kesihatan dan cara elakkan wabak ini dari terus berjangkit..

najla..sebelum ke klinik sebab gatal-gatal kat belakang dia..pisss

nak pakai penutup malut dan hidung tu, sememangnyerlah merimaskan, rasa sesak nafas pun ander..aku pun kalau dah malas sgt, rasa cam kurang kesedaran gak..tapi, si najla ni, even baru umo 2 tahun lebih, disebabkan aseklah an kerjanyer hanyalah tgk tv, dia pun boleh tau H1N1, tutup mulut, cuci tangan~harus 7 langkah kalau ngan dia k..

nuha..macam marjinah pun ander aku tgk..

apa-apapun, semoga kita ada kesedaran tentang ini..tapi kalau nak beraya nanti, nak ker kiter beraya rumah sanak saudara? takut gak terrrberjangkit kan??

7 bulan si Nuha

Nuha..
jap jer..pejam celik..pejam celik..dah pun 7 bulan umo nuha neh..macam-macam dah skill yang dia dapat..lasak dia, mengalahkan si kakak masa kecik.. selain dah tumboh gigi 2 batang..dia dah merangkak dgn lajunyer dan tengah aplikasi skill berdiri dengan utuh gitu..huhuhu..kalau duduk, ala-ala buah tembikai nak tergolek..hihihi..nak tergelak pun ander aku tgk si nuha ni.. korang yang dah ader anak..mesti terkenang balik anak-anak korang masa kecik..kalau nak terkenang diri sendiri..mana nak hengat ek..


ini aksi paling ganass

Buka puasa

walaupun raya dah makin dekat..tapi sebenranya, kami di rtm ni banyak gak terima undangan untuk berbuka puasa bersama pihak@jabatan@agensi luar..seharusnya..wakil berita kami lah yang akan cover kan..Pengarah pun kalau berkesempatan, harus dia pergi sama..pergi tanda sokongan..

dan aku, ibu yang beranak 2 ni susah lah sikit..kalau makan-makan nagn member2 bolehlah..nak makan kat hotel? alahai..kena pikir panjang pasal si Najla dan Nuha ni..itu ini begitu begini..al maklumlah..si kecik yang banyak ragam..
tapi paling seronok, dapat buka ramai-ramai..dan aku 1 family, sempat lah jugak joint buka puasa ngan member-member en. saufi..kemi tak ramai, dalam 4 family jer..tapi bebudak yang membuatkan restoran ni haru biru hihihi..


aku, en. saufi dan anak-anak

najla dan bakal boifren..hihihi

Nak raya dah..

emmm..sedar tak sedar, dah tinggal berapa hari jer lagi nak raya kan? sedih gak bila ramadhan ni nak tinggalkan kita..sebenarnya banyak amalan yang tak terbuat di bulan ramadhan ni..bukan taknak rebut, tapi..entahlah..diri sendiri tak kuat tak lawan nafsu malas dalam diri..

cerita pasal raya ni..Jumaat hari tu, ku mengambil baju raya kat kuantan parade, bertemankan izan dan ati..letih jangan citer lah..dengan seramainyer umat kat dalam tu, nak lawan godaan kering tekak lagi, pusing-pusing, cuci mata cari baju raya si izan ni..kesian..tak ander baju yang dia idam-idamkan tu..yer lah, bak kata si penjual tu.. "hah, baru sekarang nak cari baju raya? cari lah lagi seminggu nak raya" maknanya..tak ander lah weh.. rupanya si penjual adalah tukang make up masa izan kawen ari tu..patut lah laser sket..terdetik dalam hati kecilku..

tapi, alkisahnyer..tak dapek lah nak nolong si izan..sumer yang dia berkenan, tak der kaler lah, tak der saiz lah..mahal bebenor lah..balik lah opis ngan muka kelat-kelat pisang gitu..huhuhu.. aku? beraya sakan lah ngan 3 pasang baju dan anak2, 2 pasang baju kurung sorang.. upah jahit baju? emmm boleh tahangak..kalau ku tahu, banyak baju ready made yang cun-cun dan murah itu, lebih baik ku pilih sajer kat gerai-gerai itu, tak payah susah payah nak tempah... tapi, rasanya, macam ramai jer yang beli..mesti ader yang jadi kumpulan nasyid raya nanti..tak moooww...

Wednesday, September 2, 2009

dj baru?

yap, dj afni akan menyerikan kehidupan anda..serikan bilik rancangan RTM Pahang..moga dia akan terus sukses menjadi dj..InsyaAllah, bulan depan afni akan bersiaran secara solo..sekarang ni baru double banking ngan dj lama..

dan khabarnya akan ada dj baru lagi menggantikan tempat ain ahad, 0900-1200..siapa? mmm biar ku pecah rahsia.. Anuar Abdul Aziz akan kembali menyempoikan hujung minggu anda.. semoga yang selalu rindu merindu tu, kan terubat k..tapi Anuar dapat berkonti sekali jer seminggu..al-maklumlah..dia pun ader kerja tetap lain..

sorang lagi, Ben akan menemani malam minggu anda..bersiaran setiap ahad, 2100-2400..cayuk-cayuk untuk dj-dj baru ni.. dan aku akan berkonti setiap Khamis 1200-1500..bertukar konti dengan shoows..selamat bersiaran..

Mintak Maaf

aku tahu, siaran kami di Radio Malaysia Pahang fm yang kucintai ini, sangat2 tidak menepati piawaian untuk siaran dalam seminggu dua ni, tapi...apakan daya..
dah seminggu lebih sistem netia bermasalah..nadi utama untuk siaran ke udara..
jadiknyer, anda akan terdengar macam2 yang pelik terjadi dan terpaksa tadah telinga gak untuk dgr..
pendengar setia mungkin akan terus bertahan dan beri sokongan kepada kami dari belakang..tapi yang tak tahan, mungkin akan terus tinggalkan kami..(harap ada peluang kedua)

inilah dugaan kami sepanjang bulan Ramadhan ini..

Alhamdulillah, semalam, ader sedikit penyelesaian..kami bersiaran secara sementara di konti standby KOMPSAS..(sebelah konti utama jer..) tapi ader peningkatan positif dalam mutu siaran..tak sangkut2 dah..dan kini dalam proses penyelenggaraan sistem netia..doakan moga cepat pulih dan kami dapat berikan yang terbaik untuk anda..

Salam Ramadhan

Wah..sedar tak sedar, dah 12 Ramadhan pun ek, dah 12 hari jugak lah kita berpuasa..sebenarnya, aku terasa masih banyak ketinggalan dalam berebut saham di bulan mulia ni..alasan utama, konon tak sempat-anak! yer ker?
nak solat terawikh mmg lah agak tergocoh gacah sket. Bila en.saufi solat terawikh, haruslah bebudak tu duduk ngan ibu diaorg ni.. si Nuha tu baru pandai merangkak dan tengah belajar nak memanjat itu ini..nak duduk, pun tak stabil..hihihi macam buah tembikai bergolek pun ader gak aku tgk..
so nyer, agak2 terpaksa ponteng gak lah solat terawikh..rasa rugi sgt2 tapi aku berdoa moga dipanjangkan usia ku, agar bila bebudak ni dah besar, aku hangkut jer ke surau, leh solat jemaah..skrg ni kalau sempat, aku solat sengsorang jer lah kat umah..mana daya nak bwk diaorg ke masjid, mahu aku jd incredible hulk nanti hihihi..
salam Ramadhan gak buat sahabat2 di luar sana..moga Ramadhan ini memberikan seribu pengertian kepada anda..InsyaAllah..