Wednesday, October 7, 2009

kekok..

salam semua..setelah lamaku bercuti raya..
dah berapa lama ek, tak berkonti? macam kekok lah pulak..
rasa serba tak kena..gagap-gagap ader, sejuk-sejuk gedik ader..malu-malu ader..macam-macam ader..
tapi, kena gak lah konti kan?
tapi bila dah 2 minit on-air.., terasa diri di awang-awangan..best woo.. kalau tak caya, meh r konti sekali..hihihi..
minggu lepas start kerja, mmg rasa malas sket memulanyer.. tapi, bila ingat kawan-kawan..wahh..tak sabar nak berewang, berborak ngan diaorg..dan pastinya bulan oktober ni..banyak lah aktiviti rtm.. dah sebulan cuti masa bulan pose hari tu, sekarang ni macam tak cukup kaki tangan la wat itu ini..kononnyer..aku ni biasa-biasa jer..so, buat-buat la sibuk..hihihi..
apa-apa pun selamat mendengarkan kami, Radio Malaysia Pahangfm..

Monday, September 14, 2009

Duit Raya..

wah wah wah..sekarang ni kan, musim-musim menukar duit baru..of coz untuk duit raya bebudak kan..nak dijadikan cerita, aku, fatonah dan shoows ke bandar jap, cari bank-bank yang masih bermurah hati untuk bagi kami tukar duit raya..dan sememangnya..jawapannyer amat mendukacitakan..sampai ke Indera Mahkota pun kami ronda..jawapannya tetap sama "DAH ABISSS""orang lain dah tukar lama dah.. dari minggu lepas dah abis..itu antara jawapan-jawapan frust yang kami terima..
al-kisah kami terjumpa sorang opis mate kitaorang kat satu bank ni..dia pun tengah nak menukar duit gak..tapi, tak dapek.. dan dengan muka ceria, bernada gembira, dia bagitau aku, "hehehe, selamat lah duit raya tahun ni sebab tak dapat tukar duit.."
terdetik dalam hati aku, "MoTiFFFF?????..

Akhirnya..janji di kota..



ku tekadkan semangat kotakan kata-kata nak bersakan ngan pelita dan lampu lip lap..akhirnya, aku beli jugak..dan malamnya ku mintak tolong en. saufi tolong gantung lampu, pasang pelita.. alahai..suamiku ini sangat lah rajin..dibuat semuanya sebab serasa aku, dia terharu kerana aku terrrlebihh exited mengalahkan Najla dan Nuha nak sambut raya..haruslah..diaorg kan ''cinonet'' lagi..kalau bukan aku yang ''terlebih sudah'', saper lagi kan?? hehehe cover diri sendiri.. silalah tatap hiasan teratak aku yang tak lah havoc sangat..tapai aku dah rasa cukup bahagia...huhuhu..

Sunday, September 13, 2009

bunga api vs mercun

bila raya makin dekat ni, macam-macam lah pikir cara nak memeriahkannya.. kat area umah aku, kalau malam-malam jer, selain bising bunyi kucing depan umah aku asek bergaduh.. bebudak kat sini dengan kreatifnyer..main mercun..berdentum dentam..bingit aku dengar..kengkadang macam nak piat telinga diaorang pun ader tapi..takpelah..raya puasa kan setahun sekali..biarlah diaorang bersakan main mercun..tak pulak aku dengar bunyi ambulans..maknanya, takdelah yang putus jari ker, buta mata ker.. main secara sihat la kot.. kengkadang tuh, terpikir gak nak beli bunga api untuk anak dara aku ni main.. tapi, risau gak..kot-kot dia dah gian nak main, meleleh mulut aku kena explain itu ini.. en. saufi pun takde pulak bunyi pasal ni..takpelah..kalau ader kot2 aku terjumpa bunga api bodo ni, aku belikanlah.. sajer..nak memeriahkan suasana jer..hehehehe..bolehlah ibu dia tumpang sekaki..

lampu lip lap vs pelita

wahhhh..tak sabar nak raya..lalalala..walaupun raya tinggal berapa hari dan pastinya aku tak beraya kat kuantan, tapi...aku tetap nak pasang pelita dan lampu lip lap jugak..suami kesanganku itu, walaupun bah banyak kali ku mintak tolong beli pelita (haruslah tak buat sebab, memang takde masa nak membuat benda alah tu) tetapppp dia lupa.. jadi, hari ini, ku tekadkan semangat untuk cari jugak lampu lip lap dan pelita itu..sasaran utama..Tunas Manja lah kan..takpe.. kalau korang tak dapat tengok gambar dalam blog ni esok lusa, maknanya.. impian ku berkubur begitu sahaja lah yer..apa pun selamat menyambut lebaran yang bakal tiba..

Saturday, September 12, 2009

makin serius ke H1N1?

aku pun tak dapat nak jawab..setakat mana bahaya nyer wabak ni..kalau dengar desas desus mmg menakutkan..pulak, aku ander terdengar, akan ada gelombang kedua yang mungkin lebih dasyat lagi..
tapi sepanjang 2-3 minggu ni, orang sibuk-sibuk shopping raya, masih ramai yang kurang kesedaran tentang wabak ni..walaupun kami pengamal media ni, pung pang pang pang war-warkan macam-macam untuk jaga kesihatan dan cara elakkan wabak ini dari terus berjangkit..

najla..sebelum ke klinik sebab gatal-gatal kat belakang dia..pisss

nak pakai penutup malut dan hidung tu, sememangnyerlah merimaskan, rasa sesak nafas pun ander..aku pun kalau dah malas sgt, rasa cam kurang kesedaran gak..tapi, si najla ni, even baru umo 2 tahun lebih, disebabkan aseklah an kerjanyer hanyalah tgk tv, dia pun boleh tau H1N1, tutup mulut, cuci tangan~harus 7 langkah kalau ngan dia k..

nuha..macam marjinah pun ander aku tgk..

apa-apapun, semoga kita ada kesedaran tentang ini..tapi kalau nak beraya nanti, nak ker kiter beraya rumah sanak saudara? takut gak terrrberjangkit kan??

7 bulan si Nuha

Nuha..
jap jer..pejam celik..pejam celik..dah pun 7 bulan umo nuha neh..macam-macam dah skill yang dia dapat..lasak dia, mengalahkan si kakak masa kecik.. selain dah tumboh gigi 2 batang..dia dah merangkak dgn lajunyer dan tengah aplikasi skill berdiri dengan utuh gitu..huhuhu..kalau duduk, ala-ala buah tembikai nak tergolek..hihihi..nak tergelak pun ander aku tgk si nuha ni.. korang yang dah ader anak..mesti terkenang balik anak-anak korang masa kecik..kalau nak terkenang diri sendiri..mana nak hengat ek..


ini aksi paling ganass

Buka puasa

walaupun raya dah makin dekat..tapi sebenranya, kami di rtm ni banyak gak terima undangan untuk berbuka puasa bersama pihak@jabatan@agensi luar..seharusnya..wakil berita kami lah yang akan cover kan..Pengarah pun kalau berkesempatan, harus dia pergi sama..pergi tanda sokongan..

dan aku, ibu yang beranak 2 ni susah lah sikit..kalau makan-makan nagn member2 bolehlah..nak makan kat hotel? alahai..kena pikir panjang pasal si Najla dan Nuha ni..itu ini begitu begini..al maklumlah..si kecik yang banyak ragam..
tapi paling seronok, dapat buka ramai-ramai..dan aku 1 family, sempat lah jugak joint buka puasa ngan member-member en. saufi..kemi tak ramai, dalam 4 family jer..tapi bebudak yang membuatkan restoran ni haru biru hihihi..


aku, en. saufi dan anak-anak

najla dan bakal boifren..hihihi

Nak raya dah..

emmm..sedar tak sedar, dah tinggal berapa hari jer lagi nak raya kan? sedih gak bila ramadhan ni nak tinggalkan kita..sebenarnya banyak amalan yang tak terbuat di bulan ramadhan ni..bukan taknak rebut, tapi..entahlah..diri sendiri tak kuat tak lawan nafsu malas dalam diri..

cerita pasal raya ni..Jumaat hari tu, ku mengambil baju raya kat kuantan parade, bertemankan izan dan ati..letih jangan citer lah..dengan seramainyer umat kat dalam tu, nak lawan godaan kering tekak lagi, pusing-pusing, cuci mata cari baju raya si izan ni..kesian..tak ander baju yang dia idam-idamkan tu..yer lah, bak kata si penjual tu.. "hah, baru sekarang nak cari baju raya? cari lah lagi seminggu nak raya" maknanya..tak ander lah weh.. rupanya si penjual adalah tukang make up masa izan kawen ari tu..patut lah laser sket..terdetik dalam hati kecilku..

tapi, alkisahnyer..tak dapek lah nak nolong si izan..sumer yang dia berkenan, tak der kaler lah, tak der saiz lah..mahal bebenor lah..balik lah opis ngan muka kelat-kelat pisang gitu..huhuhu.. aku? beraya sakan lah ngan 3 pasang baju dan anak2, 2 pasang baju kurung sorang.. upah jahit baju? emmm boleh tahangak..kalau ku tahu, banyak baju ready made yang cun-cun dan murah itu, lebih baik ku pilih sajer kat gerai-gerai itu, tak payah susah payah nak tempah... tapi, rasanya, macam ramai jer yang beli..mesti ader yang jadi kumpulan nasyid raya nanti..tak moooww...

Wednesday, September 2, 2009

dj baru?

yap, dj afni akan menyerikan kehidupan anda..serikan bilik rancangan RTM Pahang..moga dia akan terus sukses menjadi dj..InsyaAllah, bulan depan afni akan bersiaran secara solo..sekarang ni baru double banking ngan dj lama..

dan khabarnya akan ada dj baru lagi menggantikan tempat ain ahad, 0900-1200..siapa? mmm biar ku pecah rahsia.. Anuar Abdul Aziz akan kembali menyempoikan hujung minggu anda.. semoga yang selalu rindu merindu tu, kan terubat k..tapi Anuar dapat berkonti sekali jer seminggu..al-maklumlah..dia pun ader kerja tetap lain..

sorang lagi, Ben akan menemani malam minggu anda..bersiaran setiap ahad, 2100-2400..cayuk-cayuk untuk dj-dj baru ni.. dan aku akan berkonti setiap Khamis 1200-1500..bertukar konti dengan shoows..selamat bersiaran..

Mintak Maaf

aku tahu, siaran kami di Radio Malaysia Pahang fm yang kucintai ini, sangat2 tidak menepati piawaian untuk siaran dalam seminggu dua ni, tapi...apakan daya..
dah seminggu lebih sistem netia bermasalah..nadi utama untuk siaran ke udara..
jadiknyer, anda akan terdengar macam2 yang pelik terjadi dan terpaksa tadah telinga gak untuk dgr..
pendengar setia mungkin akan terus bertahan dan beri sokongan kepada kami dari belakang..tapi yang tak tahan, mungkin akan terus tinggalkan kami..(harap ada peluang kedua)

inilah dugaan kami sepanjang bulan Ramadhan ini..

Alhamdulillah, semalam, ader sedikit penyelesaian..kami bersiaran secara sementara di konti standby KOMPSAS..(sebelah konti utama jer..) tapi ader peningkatan positif dalam mutu siaran..tak sangkut2 dah..dan kini dalam proses penyelenggaraan sistem netia..doakan moga cepat pulih dan kami dapat berikan yang terbaik untuk anda..

Salam Ramadhan

Wah..sedar tak sedar, dah 12 Ramadhan pun ek, dah 12 hari jugak lah kita berpuasa..sebenarnya, aku terasa masih banyak ketinggalan dalam berebut saham di bulan mulia ni..alasan utama, konon tak sempat-anak! yer ker?
nak solat terawikh mmg lah agak tergocoh gacah sket. Bila en.saufi solat terawikh, haruslah bebudak tu duduk ngan ibu diaorg ni.. si Nuha tu baru pandai merangkak dan tengah belajar nak memanjat itu ini..nak duduk, pun tak stabil..hihihi macam buah tembikai bergolek pun ader gak aku tgk..
so nyer, agak2 terpaksa ponteng gak lah solat terawikh..rasa rugi sgt2 tapi aku berdoa moga dipanjangkan usia ku, agar bila bebudak ni dah besar, aku hangkut jer ke surau, leh solat jemaah..skrg ni kalau sempat, aku solat sengsorang jer lah kat umah..mana daya nak bwk diaorg ke masjid, mahu aku jd incredible hulk nanti hihihi..
salam Ramadhan gak buat sahabat2 di luar sana..moga Ramadhan ini memberikan seribu pengertian kepada anda..InsyaAllah..

Tuesday, July 21, 2009

rindu..

rindunyer nak menulis blog ni..tapi..masa tak mengizinkan...
last week, anak2 baru sembuh demam, en.saufi plak kena out station..huhuhu..sungguh mencabar menjadi ibu alaf baru ni yer..kerjaya, anak2 sedang membesar, rumahtangga..
semua tuh kena lakukan dengan bijaksana..kadang2 emosi gak bila penat dan letih menguasai diri..jangan..jangan biarkan nafsu bermaharajalela..yang penting, kuatkan iman..lakukan seadanya selagi terdaya..insyaAllah, suami, anak2, boss, rakan sekerja yang memahami, menjadikan aku bersemangat untuk meneruskan apa yang telah dipertanggung jawabkan oleh-Nya dengan sebaik mampu, seorang aku..
emmm..hari ni kat kl sebab esok ader kejer kat angkasapuri..hangkut la Najla dan Nuha sebab en.saufi pun kebetulan ada kejer gak di kl ni..
so, dapatlah lepak lama sket kat kl, bley jumpa member2 lama..(kalau sempat)..lupa jap pasal on air..hehehe..tenang jiwa..tenang?? tak jugak..ramai gak yang nelepon aku, tanya pasal slot, hebahan..etc..hua..hua..hua..kejer jugak selagi kita tak tutup mata..

Tuesday, July 7, 2009

flu..flu..n again

sniff..sniff..lagi..hari ni makin bertambah bilangan pesakit selsema manusia ni huhuhu..asalnya Najla dan Nuha tapi skrg, ibu ngan abah dia pun dah kena sama..
makanyan, berkuatkuasa hari ini, aku pun bercuti untuk menjaga anak-anak..
al maklumlah, tak cukup tido malam ditambah pulak, orang yang menjaganya pun kureng sihat..
alaa..itu baru sikit Allah uji k..yang penting, bersyukurlah atas ujian ini kerana Allah masih peduli akan kita..sememangnya Allah tak pernah melupakan hambaNya, cuma kita jer kerap alpa kepada dunia..moga sahabat-sahabatku dan diriku sdr, tak tersisih mendapat kasih sayang dan petunjuk dari yang Esa..amin..

Wednesday, July 1, 2009

stress..stress ker?


kalau kat kl, asal nak pegi kejer ke, balik kejer ke..mesti tensen hooo..
mau nyer tidak, jem giler..even aku duk sana dalam 4 tahun..huii..duduk kat cheras indah, kejer angkasapuri..mmg menakutkan kalau terlambat kuar dari umah masa nak gi kejer atau terlambat kuar opis kalau nak balik..huiihh nampak dah kelip2 merah..lampu brek keter..
tapi, aku bijak..naik motor lah kalau duk kl..kurang jem, minyak jimat+ tak yah bayar tol..huhuhu..walaupun kat cheras tu, takde tol..(sebenarnya blom beli keter masa tu)mmg tak stress..tapi kalau hujan? ngangan jer lah..kalau berani, sarung gak baju hujan, redah jer lah..
macam mana nak tangani stress? dah lah kat opis pun banyak masalah..nak balik umah pun berdepan ngan masalah..
alah, kat kuantan ni, jem setakat mana lah sangat pun..ala-ala terkejut beruk gak aku masa memula pindah kat kuantan, tak dapat terima kenyataan sbb tak jem pun kat sini..lama2 barulah rasa syok duk kat negeri makmur ni huhuhu..utk adik beradik aku yang duk kl, jgn jelesss..
kadang2 kalau stress, dapat cuci mata kat mall pun boleh hilang tau..pompuan ker, laki ker sama jer..cuci mata tuh, salah satu terapi otak..bagi aku lah..jamu mata, tgk apa yang patut..bukan yang tak patut k..
tak pun..kalau try gi spa k gak, facial muka ker..huiihh..beshnyer..en.saufi belanja aku spa sempena hari ibu lepas..huhuhu..sungguh teruja..mmg relax..walaupun, bila dah balik umah, sambung berperang ngan anak2..

apa pun..pandai-pandailah anda tangani stress, jangan sampai tak lena tdo, angin satu badan..dan yang paling utama, solat dan ibadah, adalah rawatan stress minda, rohani dan jasmani yang terbaikk..kan?

Najla,Ibu & Nuha


inilah permata hatiku..
Najla..2 tahun 4 bulan..
Nuha..4 bulan..
aku..29 tahun 7 bulan..(perlu ker bgtahu)..
ramai kata anak-anak aku, sama muka cam en.saufi..habis, muka aku? langsung tak sama ker? tak pelah..orang kata kalau anak pompuan sama muka ayah, nanti'sejuk' hubungan mak ngan anak, tapi kalau gegirl sama muka ibu, 'panas' hubungan ibu dan anak.. betul ker? aper pun..moga hubungan kami, akan kekal bahagia selama-lamanyer..InsyaAllah..

yang penting, dalam gambar, mulut Najla ternganga tu sbb takut lipstick dia hilang huhuhu..abis lipstick ibu..

Saper yang penat?



hari ni, 1 Julai, aku cuti..anak2 tak sihat..kesian diaorg..letih gak la menjaganya..tapi tu kan tanggungjawab mak dia..
si Nuha la kesian batuk sampai keluar air mata..tdo jer..tanak makan nestum, taknak susu..makan ubat,2 kali, 2 kali gak muntah..alahai kesiannyer..
tapi tgk la ni..si Najla lagi letih..sampai terlentok menghimpit 'bobob' (spongebob)..kesian bobob dia..ibu yang letih, dia yang terlentok..huhuhu..

Tuesday, June 30, 2009

Jagung rebusss...

sedapnyer..dapat makan jagung yang dimasak sdr..huhuhu..biasanyer makan kat pasar malam..hek eleh, tak lah sedap sgt..sedap lg aku masak sdr..eheks..baru 1st time rebus jagung sdr ok..tu yang cam bangga sbb sedap..
sebenarnyer jagung tu mmg sedap..


ni gambar sebelum rebusss..

aku kirim ngan fatonah si reporter tu masa dia cover story kat cameron highlands last week..tak sia2 dia punggah berbondon2 jagung opismate kitaorg kirim..
dan ternyata, jagung manis ni mmg manis..emmm..sedap dan disukai ramai..
rega dia, rm 10 untuk 6 tongkol..aku hambek 3, bagi baby sitter Najla/Nuha 3..kira ok lah kami anak beranak makan..berapa kerat jer kitaorg..tapi baby sitter najla? anak jer 4 org..alamakk..cukup kot..sedekah..aku pun kirim sikit jer..huhuhu..



ni selepas rebus..sedappp

Lunch time

jom makan...
semalam..aku ngan si ati ni dah lapar tahap gaban..tapi aku tanak makan nasik..lak? omputeh sangat ker aku sampai tak lalu nak makan nasik?huhuhu..
so, bawak kelisa sampai dah tgh town..si ati still tak gitau nak makan kat ner..
alah..cepat lah gitau..aku dah la kene drive..takkan nak kena pikir gak nak makan kat ner..
tetiba, secara magicnyer..dia mencadangkan makan kat delifrance di megamall..hurghh bijak pun..tanpa lengah masa, aku pun memecut ala-ala terus ke sana..
al kisahnyer dia nak try membership delifrance yang telah dia terpedaya tuh untuk menjadi ahli, bayo rm 30, bley dapat free makan 1..alaa.kalo korang nak tau camner, nanti tanyer ek..
so..biler dah sampai..rupanyer kena makan set-set tertentu jer..hurghhhh banyak plak songehnyer..dah la mahal gak..abis lah gaji aku huhuhu..
tapi tetibe jer terpandangkan promosi lunh set.. emmm..macam menarik jer..

so, inilah yang kitaorg makan sampai si ati ni kata nak termuntah lah pulak..sbb banyak sgt..rega dia..murah oooo..rm 9.90 jer tapi time lunch hour ngan petang jer lah..ekk??biler masa lak aku jd duta diaorg ni? free promotion..kira amal jariah lah..

Monday, June 29, 2009

Era baru


mulai 1 Julai..ader la sket-sket perubahan berlaku dalam jadual siaran radio malaysia pahang fm tercinta..
sekarang ni, 3 orang dj pagi sahaja iaitu, syuz, hud, dan izan..hari Ahad jer still rokiah..dan pengisian dalam segmen salam pagi ni pun ader perubahan sket-sket..tgk jugak lah feed back pendengar camner..sesuai ke tidak..semoga kami akan terus maju..InsyaAllah..kami menghargai sokongan anda..

fever season..

Emm..hari ni dah lah en.saufi takde, anak-anak pulak kurang sihat..kesian..Najla dan Nuha..huhuhu..
agak kelam kabut lah..bila si kecik tak berapa sihat, biasa lah kan..merengek jer..si Nuha tu lah..nasib lah Najla behave sket..kalau tak, lenguh lutut aku ni..

ni haa..si kakak yang demam tapi exited nak tempek cool fever ni..puas jugak aku memujuk dia makan ubat demam..nasib la dia nak makan, tapi suap sdr..huhuhu anak-anak...

Najla sempat posing even demam..37.9 celcius..bergambar bersama HP mini ibunyer..

Sunday, June 21, 2009

influenza..

sniff..sniff..huhuhu..tak besh nyer kalau kena selsema..tapi ni bukan selsema babi ek ek..selsema manusia..not from H1N1 virus k..tapi apa pun mmg rasa macam tak daya nak angkat kepala..walaupun..habis satu mangkuk lontong aku telan kat kedai Jelita tadi..pstt..kak N makan lempeng nyior ngan nasi minyak lagi..huhuhu banyak nyer makan..nasib lah body fit..
sebenarnya pagi tadi aku dah menyantap bee hoo mak aku masak..tapi aku gitau ati, aku blom makan..huhuhu..sajer nak berpoya2 ngan kengkawan sumer.. lepas makan, sumer buat2 bz..rimas aku..termasuk lah aku sibuk ym nagn abg aku..ntah haper haper ntah..

wuhu..mini HP..akhinya..

semalam..giler penat..my mom and sis datang kuantan..sajer..menjenguk anak yang dah lama tak balik kg..(dia mmg selalu datang umah sejak my dad passed away.)
en.saufi, me, Najla, Nuha dan semualah..bersakan jenjalan kat ECM..(walaupun...)
yang aku semangat sangat nak kuar tu sbb en.saufi janji nak tgk mini laptop for us.. hehehe aku dah berangan nak bawak gi opis..
so dipendekkan citer..setelah berpusing2, ushar kedai itu dan kedai ini..akhirnya membelilah jugak kat pusat komputer 1010 ek? eh betul ker? ntah, lantaklah janji kedai yang sebelah Megamall tuh lah..
e.saufi dah kompius..memula dia paling bersemangat nak beli linovo (aku beru 1st time dgr brand ni-nampak sgt buta it huhuhu)..tapi bila aku tunjuk yang aku dah berkenan kat mini HP, dia pun jd serba salah nak pilih antara acer aspire ngan benda alah ni..
tapi akhirnya setelah menggunkan skill teknik berfikir masa belajar kat usm lu, dia mengikut kata hati, bukan aku yang merayu ek.. akhirnya..mempersembahkan..inilah hasilnya..

yuhuu..mini Hp idaman hati..menjadi milik kami..thanks ati, ko teman aku survey hari tuh..aku beli kat kedai tu jugak..huhuhu

Friday, June 19, 2009


http://s164.photobucket.com/albums/u9/spidertrain/glitters/quote/3.gif


Get yours from Friendster Glitter Graphics

hari yang bz..

emmm..pagi2 lagi aku dah kelam kabut kengkonon sibuk..(hello, mmg sibuk pun k..) lepas makan pagi, (kat kedai Janda Berhias-ati yang rekemen..hmm tak nampak pun orang tu, skali, tak datang lah pulak hari ni..beria si Ati kata dia mmg cantik..laakk..) aku pun sambung kerja sampai la kul 1.15 haah, kul 1.15 dah..?? kesian Nuha..sure lapar..sampai si Ati dah sound aku, tak ingat anak ker..huk alah ibu susuan Nuha ni mmg gini..lebih ingat anak2 aku berbanding mak dia..huhuhu
aku pun pecut lah keter jumpa Nuha..sekali, dia dah makan..ala-ala tak layan jer pandang muka aku..takper r..boley la aku meronggeng jap ngan Ati..
kengkonon nak tgk lap top huks..nak beli lah kononnya..en.saufi suh aku survey2, usha2 lu mana yang berkenan..beria ni macam konpem lah dia nak belikan untuk aku..huhuhu bestnya! sayang en. saufi..hehehe..sebelum tu, antar la cik kelisa kedai mandi sebab dah lama tak mandi kan..sampai sakit mata aku tgk..huh..
dah pusing2 lot kedai jual laptop ni..kitaorang mencekik la pulak..sekali..la..tak mandi lagi ke kelisa ni? nunggu punya nunggu..lama gak la..barulah siap..nasib la wangi keter ku ini..halamak dah kul 3.30, giler per, tak sedar diri nyer kalau berpoya2.. pecut keter..sampai depan pagar RTM, halamak, nampak Nuha pulak..jumpa jap lah..bagi apa yang patut..

pastu, terus balik opis, sambung kejer..buat apa yang patut..dan sekarang sumer orang dah sibuk sampai umah..aku still ader ngan Ati, dan si Izan yang dari tadi ntah haper yang dia tak puas hati ntah..eh, sumer dah takde lah..ni tgh sibuk hapdate blog ni..
inilah hari yang meletihkan..huhuhu..eh, hari yang bz..

rai pengantin

semalam..
aku, en. Saufi, Najla & Nuha beria (sebenarnya aku jer yang beria huhuhu) pergi majlis meraikan pengantin baru..baru ker? rasanya ader yang dah lebih dua bulan..ohoo..kira baru r..diaorang ni orang media kat Pahang, alaa si Am kemeremen RTM, wartawan Sinar harian Temerloh &..... (lupa hek..) & Yani (wartawan TV3 tu..)
actually aku yang sememangnya beria nak pegi sana sbb nak jumpa pengantin si Wan Juhaida tu..(kawan segera ku di Raub sempena pilihanraya ari tu..aku kena buat laporan dari sana 1st time n sengsorang..huhuhu nasib la dia tulun aku kat sana)..nak wish, bagi adiah..peluk2..tapi..
eh lupa plak nak gitau kat ner ek diorang buat..kat Kenari Lounge MS Garden..
si Ati da gitau aku, tak sesuei aku gi tambah kalau bwk anak2..tmpat kecik, mmg cam tak best.. sekali, aku gitau en. saufi, nak gi la jugak..tapi ader tema pakaian..temanya (Salju Cintaku-putih lah maknanya tu) so, beria lah aku menyiapkan si Nuha ni..tambah pulak memujuk si Najla pakai jeans yang aku suka..sukati aku la kan..aku ni mak dia walaupun ala-ala sendat..ku paksa jua..dan akhirnya dia pakailah jugak..janji dapat kuar jalan-jalan..
en.saufi siap berkemeja putih dan aku pun tak lepas peluang melaram ala-ala mak andam..
so dengan langkah gembiranya, sesampai jer kat sana..halamak..gilenyer kecik tempat ni..tapi..
siap ader pelamin.huhu..bersanding bergilir gilir...sbb tempat limit..ramai gak lah memenuhi tema. dan aku semestinya tak dapat nak joint lah sbb tempat kecik dan stroller Nuha jer pun lebih lebar dari ruang-ruang boleh aku lalui huiks..
yang kelakarnya ader lah sorang reporter (Berita Harian) ni tanya aku.."orang rumah siapa ek?" tetiba..? aku cakaplah..tak lah, saya kerja RTM..suami ku? takde kena mengena ngan media pun..
oklah..nak dipendekkan citer, akhirnya aku berjaya jumpa Wan, bagi adiah, peluk2, cium2 pipi..dan..balik..sebenarnya cari kedai makan..perutku..lapar giler..
tanpa membuang masa yang sememangnya dah terbuang begitu sahaja..huk..frust aku..

kitaorg pun singgah lah kopitiam ni..huhuhu makan sesuka hati..serunuknya..

diriku dan anak-anak..huhuhu

nyam..nyam..sedapnyer..
sampai umah..adus letih oooo..ngantuk giler..nasib lah solat isya' awal2 tadi..zzzzzzzzzzz..

Saturday, June 13, 2009

konti lagi..


emm..minggu lepas tak berkonti..minggu ni cam kekok lah pulak..laak..macam lah lama sangat.. hari ni ngan semalam ader Bengkel Drama anjuran RTM Pahang..dan penceramah nyak Dato'Aziz Singah dan Puan Hajah Norela..sempat on air kejap ngan hani..diaorang ni memang banyak pengalaman..dan yang pastinya, diaorang ni orang lama penyiar RTM..memang bertuah dapat bersama mereka..walaupun..ala-ala terkaku jap nak mikirkan soklan..yer lah..otai tu.. inilah gambar kenangan hani dan tetamu istimewa di konti Ahad, 14 Jun 09..sebelah kiri sekali tu, penyelia JUR dan rakam khanah..Cik Halijah..apapun..moga berkembang maju mutu siaran penyiaran RTM dan drama radio akan terus melekat di hati penggemar siaran..

Thursday, June 11, 2009

maskaraku..tidak!!


lihatlah kreativiti + berani nya si Najla ni..pening gak lah kepalaku..dah la kejadian ni masa aku dalam pantang..masa tu nak demam plak..baru makan ubat, terus tido sebab tak larat sesangat..kesian aku..mak pulak dalam bilik air..aku bantai tido, apa lagi..buat projek lah..

da 4 bulan..


esok, genap lah umur Nuha 4 bulan..dah dekat2 nak cukup bulan ni, memang macam-macam perangai lah..asek meragam..pulak tu kalau nak tido.. si kakak pun boleh tahan gak..pening ibu dia..inilah si comel ku..tapi ni masa umor dia 2 bulan..yang latest tak upload lagi la..kikiki..esok anak ibu dah bley makan nestum..tak lah slalu lapar..cian..dia..

Monday, June 8, 2009

jum tengok wayang..

semalam..8 hb Jun, alkisahnya sebab penat berhujung minggu kat Pesta Rompin, so mintak cuti lah kononnya nak beristirehat..tetapi..
banyak mende pulak nak kena buat..dah lama tinggal rumah..biasa lah kalau dah jadi ibu mithali ni, banyak benda lah nak buat..basuh baju, kemas rumah, sapu itu ini..bla bla bla..itu tidak termasuk menjaga 2 orang anak dara tu..sebab cuti kan..malaslah nak hantar kat baby sitter depa..yelah depan opis, baik pegi kejer jer..
so, tetiba dan magicnya, en. saufi mencadangkan kitaorang berdating tgk wayang- emmm good idea..kami pun dah lama tak dating2 ni.. kebetulannya nak cucuk si adik, so ada peluang nak kuar, hantar adik kat mama diaorg..
keluar jer, semua klinik tutup..lak..
takpelah, hantar dulu anak2 dara ni, sementara ibu abah diorg bercinta..
emmm malas plak nak gi Megamall (sure ramai) so, kitaorg gi Kompleks teruntum..tgk citer Terminator..ala..filem action la pulak..kalau dapat tgk kartun best gak..tapi, demi en. saufi kan..
memula tgk..blur..blur..+ ngantuk..uwhaa..siap mguap lagi (sbb aku mmg letih masa kat Rompin ari tu) tapi pas tu, barulah rasa cam exited nak tgk..ditambah dengan penerangan en.saufi dan akhirnya aku berjaya tgk hingga abis..oklah citer tu.. bagi 3 bintang sebab aku dah letih tgk citer mengarut2 camni..yelah citer reka2 kan..
tengah syok tengok tu,mama depa dah siap miss call. Nuha menjerit nak susu..aku call, nasib la si kecik tu tido balik..boleh sambung dating, makan2..jalan2..barulah ingat anak..hehehehe
ambik si comel tu pukul 6 terus cari klinik gi cucuk jugak la si Nuha ni..dan kena datang lagi next month untuk cucuk 4 bulannyer..
doktor yang cucuk, alahai mudanyer..boleh caya tak ni? nampak dia pun cam keluh kesah jer..hehehe..pembantu klinik lak macam takde pengalaman..lepas cucuk, doktor mintak kapas, dia boleh tanya, nak buat apa? hello! nak tampal kat bekas kena cucuk tu lah..tapi, dia boleh tak tampal jugak..berdarah peha anak ku..errgghh..sakit jiwa aku..tapi sikit jer darah tu..so, aku malas nak bising2..tapi aku bising la kat en. saufi..skali dia kata, tak nampak ker iklan yang diorg tampal kat luar untuk kerja kosong? Asal muda, tidak perlu pengalaman, sanggup kerja shift..ha?? mmg betul nyer takde pengalaman..nak buat camner ek...sabor jer lah..

Saturday, June 6, 2009

Akhirnya...


hari ni hari kedua aku kat pesta rompin..letih, tapi best gak..macam2 mende diaorg buat kat sini..yang kelakarnya ada gak acara mewarna utk warga tua, acara tiup belon untuk mak ayah..kelakar kan? ker aku jer yang rasa kelakar? hentah..aku tak penah jumpa kot..peerak nyer..

oklah, alkisahnya kisah hidup berpindah randah hari ini..semalamnya, aku duk Puteri Inn..nampak ala2 tapi best gak sbb ader astro beb..umpan en.saufi supaya tak bosan jaga anak2, dia bleh r tgk Federer pojaan hatinya beraksi..dannn walaupun dalam toilet ader tong merah tadah air..lak..
hari ni plak, aku kena pindah sbb bilik kat situ dah di'book' plak..so dengan semangat wajanya untuk anak ku yang sebok nak mandi kolam, kami sekeluarga bersama kak N berpindah plak ke RBR..

emmm..my 1st impression..ok gak r..3 bintang r katakan..sekali, dapat bilik 2nd floor...halamak mana nak hangkut buai adik, beg baju besar gaban, itu ini itu ini lagi..kesian en. saufi..terpikir lah pulak..ngape la tak duk jer kat chalet bawah sinun..tak payah nak exercise lutut aku ni..

duduk punya duduk punya duduk..hapsal la air cond ni, cam tak besh plak..panazz jer cam lagu ifa raziah..panas..panas..aku rasa panas..leleh gak beb..sian si kecik2 ni lah..

so, kl lah maintainance..lama gak lah pas tu, br lah sorang brader datang tambah gas air cond..k, cam dah setel jer problem tadi, en. saufi pun dah tak bising2, aku terus gi tapak pesta r..

takde lama mananya..2 jam pas tuh, en. saufi bising kata air cond tak sejuk2..siap ader bunyi letop plak..bagitau receptionist, mintak tukau bilik..halamak..nak kena berbungkus2 lagi ker..arghh..tensen..tapi....

jeng..jeng..jeng..

lagi tensen, bila bilik baru pun...14 X 7=? sila jawab...

haduss..nak marah..nak marah..tapi..Nabi kata, kalau nak marah, tggu sampai 144 kali, baru bley marah..so, kool down jap..en.saufi yg ala2 marah..tapi tetiba jer baik kat kaunter receptionist..dan mungkin lah dengan low tone yang dilemparkan tu, membuahkan hasil sbb kitaorg dapat chalet tuh jugak..akhirnya..

walaupun..letih mhangkut bebarang (sebab banyak kan) tapi..yuhuuu..best..best..mmg best..mmg sejuk jer lepas bukak air cond tu..hahahaha...sonok r..itu lah orang kata ada hikmah disebalik kejadian..alhamdulillah..

Friday, June 5, 2009

KAT PESTA ROMPIN 2009

emm..inilah kali pertama ku jejak kaki kat pantai hiburan rompin ni..nampak dari jauh, cam cantik gak..tapi tak sempat nak usha-usha pantai nun membiru didepan mata..kejer lah kononnyer..
wahh..kalau tak sebab kejer..mesti dah bawak family main pantai, walaupun rumah sendiri dekat amattt ngan pantai..kesian si kakak, siap dah bawak swimming suit, pelampung, bola2 yang akan timbul dalam air..tapi akhirnya duk terperap jer kat dalam bilik ngan adik dan abah..takper, InsyaAllah esok dia bleh mandi kolam pulak kat RBR..

hmm..malam ni ada persembahan dari Ifa Raziah dan Kristal..ramai jugak yang datang ni.. semuanya rakyat Rompin kah? atau rakyat Malaysia kah ? yang sememangnya sentiasa memberi sokongan setiap program yang dianjurkan demi hidup bermasyarakat, permuafakatan..cewahh..demi gugusan 1 Malaysia..
malam ni, memang sonok..sebab aku, syuz, ati, izan..gila hambek gambar..dah lama tak gila-gila camni..tapi, apa pun..kesian si comel2 ku..lepak dalam bilik..huhuhu..ibu cari makan nak..

Wednesday, May 13, 2009

Hola Hola Honey In Da House!!



Hola - hola semua!!! Honey dah ada blog, jom kita kongsi cerita.